Sunday, February 27, 2011

salam semua...isteri...anak2 aku zikry,zihny dan ain
ayah doakan semua sihat dan berjaya dalam hidup
belajar rajin2 dan jangan malas
kejayaan pasti akan datang pada mereka yang berusaha.....
ayah sayang kamu semua...

Thursday, August 12, 2010

zaman ni...


zaman ni dah berubah....
ko tegok la anak2 kita depa bukan main kuat belajar x macam kita dulu
dulu

sekolah tu mcm main 2 je aku le
pi sekolah 7.30 pg balik kul 1.00 tenga hari
pas balik jalan kaki je.... ikut le semak ke... jumpa babi, lembu biasa. Ayam itik tak payah cieter la.... bersepah.... redah belakang umah org...jalan depan panas oooo.... dak redup... kul 2.30 p sekolah agama....jln gak..jarang le mak ayah antar...

Panas dan lapar biaasa je....
sampai sek agama minum air paip.... tapi x pa air dulu tak macam la ni aku pun naik takut. keruh...pasir lak tu

ustaz rotan biasa...tulisan aku tak la ok...aku ni budak yg tengah2. jd kalau nak marah aku kena marah orang lain dulu. Nak kata budak pandai tu ramai lagi yg hebat....tp benda tu aku tak pernah pikir pun....tp aku tgk mak ayah aku runsing gak kt aku ni... ape la nak jd dgn aku ni.

Abis sekolah agama...mula adegan sendiri...mcm2 nak cerita kene buat sub topik.....


Pendek citer la.....

Aku rasa puas zaman kanak2 aku mcm2 kami boleh buat sebagai budak kampung...cara kampung le.... nanti aku sambung penat la nak tidur....

Friday, July 2, 2010

2 julai 2010


Salam dah lama aku tak tulis ape2... skrg kul 4.30 pagi.Tgk world cup.Ghana vs Uruguay... best gak. Hari bini aku ajak balik sengkng..sian gak kat dia...aku tak bg keputusan takut kecewakna dia... td sbl tidur dia ajk teman beli bunga...aku kt ok...Tgk la esok rasa nak balik gak adik dia beranak minggu lepas.


Kisah aku belajar ni dah tinggal 1 sem je lagi... minggu depan start le... hai bestnya...dah nak abis yahoooo.


Ko Orag nak tau... aku dah beli umah sebiji lagi kt bukit gambang... yg ni last kot buat sementara ni. Bukan ape rasa nak limit yg ni pun dah mengah nak bayar..Harap pelaburankali ni berbaloi...nanti kengkawan yg nak pi buit gambang kaKuantan ka boleh la tidur kt umah aku....aku cadang nak buat homestay le...tp ko org nak free pun nanti cite le


Anak2 aku pun dah besar..

Hai banyak modal gak

harap dia orang semua berjaya la...rupanye macam ni dulu mak ayah kita pikir pasal kita....

Dengan kuasa Mu Insyaalah ....


Kepada semua rakan t.kasih sokongan dan nasihat yg diberikan.

Friday, April 30, 2010

dah sem 8

sedar x sedar aku dah sem 8. sattu sem lagi habis horey..... kalau rajin teringin gak nak sambung monter.... tapi mcm berat je... dah 3 tahun dok berulang p upm...
biarlah masa yang menentukan..huhuhu..

Aku la ni dah duk rumah baru.. selesa la sikit tak yah panjat tangga lgi. keta pun nampak sejuk sikit...senyum je.. walau pun tak berapa nak siap tapi kira ok le... bocor dan depan garaj perlu naik taraf sikit.

ni cite pasal fb... dah ramai kawan-kawan aku jumpa kt situ. terima kasih dr norm.... kalau bukan pasal kena pak sa dah pasti lambat sikit la aku terjerumus dgn fb. Jumpa kawan sekolah,yang dah tinggal 20 tahun memang teruja habis...

Satu lagi hal ni... bila la gamaknya aku nak balik pahang.. maksud aku pindah sana. nak balik mcm hal la nak fikir...bini la, anak la, makwe la, masa depan danmacm lg.

nanti lak cite la kalau aku rajin.....

ok jumpa lagi sblum tu
Yang malas kecewa
yang rajin berjaya
yang ingkar tu petung
yang taat di sanjung
yang lemah merana
yang kuat bahagia
yang jahat disingkirkan
yang baik di teladani
itu lah gelagat hidup duniawi

Saturday, September 5, 2009

Cerita kanak-kanak

Mohd zambri bin Che Ani
B10178

tajuk: Kera dan ikan paus

Pada zaman dahulu , terdapat seorang pelayar yang baik hati . Dia suka mengembara ke serata pelusuk dunia.Di dalam perjalanannye dia sering membawanya bersama seekor kera kesayangannya.

Pada suatu hari pelayar itu pun belayar dari sebuah pulau bernama Pulau Pangkor bersama keluarga dan tidak lupa keranya. Semasa dalam pelayarannya angin bertiup kecang dan laut bergelora. Ribut yang kuat menyebabkan kapalnya karam. Semua penumpang di dalam kapal itu meninggal akibat kelemasan. Hanya seekor kera yang terselamat kerana sempat berpaut pada sebatang kayu.

Ketika kera berpaut pada sebatang kayu itudia terumbang ambing kerana dipukul ombak. Tiba-tiba datang menghampiri seekor ikan paus. "Wahai kera yang kesejukan, saya kesihan melihat kamu ni, naiklah ke atas belakang saya saya akan membawa kamu ketempat yang selamat", kata ikan paus yang baik hati itu. "Terima kasih kerana selamatkan saya", kata kera

Monyet terus naik keatas belakang ikan paus itu. Ikan paus terus membawa kera menuju ke darat. Sebelum sampai ke darat mereka melalui sebuah pulau, Ketika melalui pulau tersebut kera terfikir untuk mempermainkan ikan paus tersebut.

"Kamu tahukah , di pulau inilah seorang rakan saya telah menjadi raja. Dia telah memerintah rakyat di pulau ini(Pulau Pangkor)dengan adil lagi bijaksana.Rakyat hidup dengan aman dan bahagia. Di pulau ini juga terdapat banyak makanan yang lazat seperti sate dan sotong kering, Lazat sangat", kata kera.

Ikan paus terdiam mendengar kata-kata kera tersebut Dia tahu kera cuba mempermainkan dirinya.Ikan paus tahu pulau tersebut tidak mempunyai penghuni baik manusia ataupun haiwan.Ini kerana lautan yang luas adalah laluannye ( ingat tak kawan-kawan pasal ikan paus tersadai di Pulau Pangkor) Ikan paus ingin mengenakan kera pula.Ia membawa kera ke pulau tersebut.

" Saya rasa elok awak tinggal di pulau ini. Kamu tentu akan hidup senang lenang di pulau ini, " Kata ikan paus tersebut. Ikan paus terus meninggalkan kera keseekoran di pulau tersebut dan terus berlalu..

Tinggallah kera keseekoran di pulau iu. Kera menangis kerana menyesali kesilapan nye Ia sepatutnya tidak bercakap perkara yang bukan-bukan kepada ikan yang telah menolongnya.

Moral cerita ini....

1. jangan menipu.
2. kera bukan keseorangan tetapi keseekoran
3. tolong menolong
4. bersahabatlah walau pun ia seekor binatang

Thursday, August 13, 2009

teknologi maklumat dalam bahasa

Pening betul aku. baru2 ni pensyarah aku Dr norm bagi 3 keja dalam satu masa... konon nye nak ngajar cara it la tu... aku bukan nye celik it sangat.. masa nak belajar pula terhad. keluarga la... kerja la peribadi la dan macam-macam yang saya rasa pembaca pun faham kadar tanggungjawab sekarang amatlah banyak.

Aku tahu la niatnye baik.. nak ngajar kita gunakan it. Tapi paham-paham la kalau kita tak dapat nak ikut. Ini tak tahu nak membebel je walaupun aku tahu dia tak kedekut markah... Hai nasib badan la dr...

Ni aku tengah cari maklumat nak masuk dan daftar satu web... tak dapt-dapat dari semalam.. kalau kawan-kawan dekat tak pa juga oleh tanya ... ni aku sorang dok pula jauh nun kat ulu puchong.... padan muka aku.. aku la blog aku tempat kau la aku nak luahkan perasaan aku

Wednesday, August 12, 2009

selsema babi

Apa dah jadi dunia ni... yang jadi-jadi la sebaliknye kita kena pikir gak kenapa semua ni terjadi... memang la kejadian tuhan. Tapi mesti ada sebabnye..

Kena pikir la sikit. Orang baik kata Dia nak uji ni.. setengah orang kata bala ... kita nak duduk belah mana sebenarnya aku pun tak tau. Tapi apa2 aku pikir positif je... ada sebab musabab nya Allah jadikan nye begini.. sekurang-kurangnya kita tak lalai.. ingay Pada Nya... merendah diri dan redho dengan kehendaknya. di samping kita mencari jalan menyelesaikannya. Tidak dijadikan sesuatau perkara itu dengan tiada tujuannya...