Saturday, September 5, 2009

Cerita kanak-kanak

Mohd zambri bin Che Ani
B10178

tajuk: Kera dan ikan paus

Pada zaman dahulu , terdapat seorang pelayar yang baik hati . Dia suka mengembara ke serata pelusuk dunia.Di dalam perjalanannye dia sering membawanya bersama seekor kera kesayangannya.

Pada suatu hari pelayar itu pun belayar dari sebuah pulau bernama Pulau Pangkor bersama keluarga dan tidak lupa keranya. Semasa dalam pelayarannya angin bertiup kecang dan laut bergelora. Ribut yang kuat menyebabkan kapalnya karam. Semua penumpang di dalam kapal itu meninggal akibat kelemasan. Hanya seekor kera yang terselamat kerana sempat berpaut pada sebatang kayu.

Ketika kera berpaut pada sebatang kayu itudia terumbang ambing kerana dipukul ombak. Tiba-tiba datang menghampiri seekor ikan paus. "Wahai kera yang kesejukan, saya kesihan melihat kamu ni, naiklah ke atas belakang saya saya akan membawa kamu ketempat yang selamat", kata ikan paus yang baik hati itu. "Terima kasih kerana selamatkan saya", kata kera

Monyet terus naik keatas belakang ikan paus itu. Ikan paus terus membawa kera menuju ke darat. Sebelum sampai ke darat mereka melalui sebuah pulau, Ketika melalui pulau tersebut kera terfikir untuk mempermainkan ikan paus tersebut.

"Kamu tahukah , di pulau inilah seorang rakan saya telah menjadi raja. Dia telah memerintah rakyat di pulau ini(Pulau Pangkor)dengan adil lagi bijaksana.Rakyat hidup dengan aman dan bahagia. Di pulau ini juga terdapat banyak makanan yang lazat seperti sate dan sotong kering, Lazat sangat", kata kera.

Ikan paus terdiam mendengar kata-kata kera tersebut Dia tahu kera cuba mempermainkan dirinya.Ikan paus tahu pulau tersebut tidak mempunyai penghuni baik manusia ataupun haiwan.Ini kerana lautan yang luas adalah laluannye ( ingat tak kawan-kawan pasal ikan paus tersadai di Pulau Pangkor) Ikan paus ingin mengenakan kera pula.Ia membawa kera ke pulau tersebut.

" Saya rasa elok awak tinggal di pulau ini. Kamu tentu akan hidup senang lenang di pulau ini, " Kata ikan paus tersebut. Ikan paus terus meninggalkan kera keseekoran di pulau tersebut dan terus berlalu..

Tinggallah kera keseekoran di pulau iu. Kera menangis kerana menyesali kesilapan nye Ia sepatutnya tidak bercakap perkara yang bukan-bukan kepada ikan yang telah menolongnya.

Moral cerita ini....

1. jangan menipu.
2. kera bukan keseorangan tetapi keseekoran
3. tolong menolong
4. bersahabatlah walau pun ia seekor binatang

Thursday, August 13, 2009

teknologi maklumat dalam bahasa

Pening betul aku. baru2 ni pensyarah aku Dr norm bagi 3 keja dalam satu masa... konon nye nak ngajar cara it la tu... aku bukan nye celik it sangat.. masa nak belajar pula terhad. keluarga la... kerja la peribadi la dan macam-macam yang saya rasa pembaca pun faham kadar tanggungjawab sekarang amatlah banyak.

Aku tahu la niatnye baik.. nak ngajar kita gunakan it. Tapi paham-paham la kalau kita tak dapat nak ikut. Ini tak tahu nak membebel je walaupun aku tahu dia tak kedekut markah... Hai nasib badan la dr...

Ni aku tengah cari maklumat nak masuk dan daftar satu web... tak dapt-dapat dari semalam.. kalau kawan-kawan dekat tak pa juga oleh tanya ... ni aku sorang dok pula jauh nun kat ulu puchong.... padan muka aku.. aku la blog aku tempat kau la aku nak luahkan perasaan aku

Wednesday, August 12, 2009

selsema babi

Apa dah jadi dunia ni... yang jadi-jadi la sebaliknye kita kena pikir gak kenapa semua ni terjadi... memang la kejadian tuhan. Tapi mesti ada sebabnye..

Kena pikir la sikit. Orang baik kata Dia nak uji ni.. setengah orang kata bala ... kita nak duduk belah mana sebenarnya aku pun tak tau. Tapi apa2 aku pikir positif je... ada sebab musabab nya Allah jadikan nye begini.. sekurang-kurangnya kita tak lalai.. ingay Pada Nya... merendah diri dan redho dengan kehendaknya. di samping kita mencari jalan menyelesaikannya. Tidak dijadikan sesuatau perkara itu dengan tiada tujuannya...

Tuesday, July 7, 2009

Musim durian

Musim durian baru ni aku balik sengkang . Ambil durian, rambutan , manggis. Puas aku makan balik bagi jiran.

Kesian kat depa gak kampung tak ada buah semua nak kena beli kat kl ni.

Kampung aku pun tak ada buahh, Lepasla untuk mak ayah.. aku

Ok bye

Kursus 4 Minggu

Kursus ni 4 minggu kat Ipba.

Rehatl la aku dari sekolah mulai 9.7.2007.

dapat la kawan-kawan baru.

Tak tertekan pun . Aku lepas bentang tadi dah lama tak cakap kat depan seronok gak....

rumah aku dah berjalan pembinaannya. tak lama lagi siapla

Friday, June 26, 2009

Tukang kena tangkap

Salam kawan-kawan
Baru-baru ni aku nak renovate rumah kat kinrara. Puas aku tel Indon yang aku janji nak buat rumah tempoh hari. Punya la aku tel sampai kredit aku habis la. Tak puas hati aku pi lepak kat Rejab. Aku usya indon tu (Amran) tapi tak nampak. Last-last aku tanya member dia aku kenal la 2-3 orang kawan dia. Dia dah sepuluh hari dalam lokap. Tunggu nak hantar Indon je lagi. Frust gak aku sebab dia kira teror gak bab bertukang yang aku kenal antara banyak tukang. Dia kira kepala la.

La ni aku tengah servey tukang yang agak boleh kira la... ada yang offer tapi aku tak tau macam mana lagi. Pas tu ada yang teror aku tengok tapi dah deman la pulak...

Tak pa petang ni aku nak pi tengok umah. Dah masuk api dan air dah cuma nak cari tukang je. Pinjaman aku pun dah lulus. Bini aku 20 ribu. aku 10 je. Gaji aku dah tiinggal separuh...

Nanti ada perkembangan terbaharu aku cuba layan lagi. Itu pun kalau rajin bye bye

Wednesday, May 13, 2009

Rumah baru aku

Salam kawan-kawan
Tengok la rumah baru aku. baru beli 2 minggu lepas. 85 ribu. Murah la kawan. Kawasan kinrara. BK 4. Gambar ni belum buat ubah suai. Selama ni aku tinggal kat rumah flat. Bersyukur sangat. tak payah panjat tangga lagi. Tengok la nanti aku ubah suai tengok la perbezaan nya. sekarang tengah apply pinjaman peribadi... takda duit da.

moralnya melaburlah pada tempat yang sesuai

Sewa kawasan ni sekitar rm450-rm550.
Harga pasaran rm110-140

Cameron Highland


Baru-baru ni aku pi CH. Saja la bawa anak bini jalan. Pada cuti Hari Buruh ramai sangat orang. Ingatan pada kawan-kawan jangan pi masa cuti yang bersangkut tiga hari. Punya la siksa nak sampai yang tertinggi( Brincang ka?) dekat 2 jam. Tapi puas hati gak. Tanah tinggi kita sekarang ni masih sejuk juga, tak la macam surat khabar war-war kan. Tapi tak tau la sebab kita jarang pi.Walaubagaimanapun langkah menjaga keindahan dan pencemaran perlu bagi generasi akan datang. ok la kawan-kawan pergi la cuti-cuti Malaysia.

Thursday, April 23, 2009

permata hati ku


Muhammad zikry, abang


Nur Ain Alia kakaknya


Muhammad zihny


keempat akan datang....

Wednesday, April 22, 2009

benih ikan puyu

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan anak benih ikan puyu atau membekalkan ikan puyu segar boleh dapatkan bekalan daripada saya.

Ikan puyu yang dibekalkan segar dan dijamin kebersihannya.

Tel: 0132613807

Friday, April 17, 2009

pantun berkait


Buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalausalah tolong tunjjukkan

Ambil galah tolong jolokkan
Buah jatuh kerumah jiran
Kalau salah tolong tunjukkan
Jika betul berilah pujian

Wednesday, April 15, 2009

Ikan puyu

Ikan Puyu
ikan adalah haiwan yang hidup didalam air. Ikan puyu biasa didapati dipaya air tawar