Saturday, September 5, 2009

Cerita kanak-kanak

Mohd zambri bin Che Ani
B10178

tajuk: Kera dan ikan paus

Pada zaman dahulu , terdapat seorang pelayar yang baik hati . Dia suka mengembara ke serata pelusuk dunia.Di dalam perjalanannye dia sering membawanya bersama seekor kera kesayangannya.

Pada suatu hari pelayar itu pun belayar dari sebuah pulau bernama Pulau Pangkor bersama keluarga dan tidak lupa keranya. Semasa dalam pelayarannya angin bertiup kecang dan laut bergelora. Ribut yang kuat menyebabkan kapalnya karam. Semua penumpang di dalam kapal itu meninggal akibat kelemasan. Hanya seekor kera yang terselamat kerana sempat berpaut pada sebatang kayu.

Ketika kera berpaut pada sebatang kayu itudia terumbang ambing kerana dipukul ombak. Tiba-tiba datang menghampiri seekor ikan paus. "Wahai kera yang kesejukan, saya kesihan melihat kamu ni, naiklah ke atas belakang saya saya akan membawa kamu ketempat yang selamat", kata ikan paus yang baik hati itu. "Terima kasih kerana selamatkan saya", kata kera

Monyet terus naik keatas belakang ikan paus itu. Ikan paus terus membawa kera menuju ke darat. Sebelum sampai ke darat mereka melalui sebuah pulau, Ketika melalui pulau tersebut kera terfikir untuk mempermainkan ikan paus tersebut.

"Kamu tahukah , di pulau inilah seorang rakan saya telah menjadi raja. Dia telah memerintah rakyat di pulau ini(Pulau Pangkor)dengan adil lagi bijaksana.Rakyat hidup dengan aman dan bahagia. Di pulau ini juga terdapat banyak makanan yang lazat seperti sate dan sotong kering, Lazat sangat", kata kera.

Ikan paus terdiam mendengar kata-kata kera tersebut Dia tahu kera cuba mempermainkan dirinya.Ikan paus tahu pulau tersebut tidak mempunyai penghuni baik manusia ataupun haiwan.Ini kerana lautan yang luas adalah laluannye ( ingat tak kawan-kawan pasal ikan paus tersadai di Pulau Pangkor) Ikan paus ingin mengenakan kera pula.Ia membawa kera ke pulau tersebut.

" Saya rasa elok awak tinggal di pulau ini. Kamu tentu akan hidup senang lenang di pulau ini, " Kata ikan paus tersebut. Ikan paus terus meninggalkan kera keseekoran di pulau tersebut dan terus berlalu..

Tinggallah kera keseekoran di pulau iu. Kera menangis kerana menyesali kesilapan nye Ia sepatutnya tidak bercakap perkara yang bukan-bukan kepada ikan yang telah menolongnya.

Moral cerita ini....

1. jangan menipu.
2. kera bukan keseorangan tetapi keseekoran
3. tolong menolong
4. bersahabatlah walau pun ia seekor binatang

No comments:

Post a Comment